Suami tak henti – henti cakap dia tak suka tengok muka anak saya tu. Siap pernah haIau keluar dari rumah sedangkan baru umur 14 tahun. Sebagai ibu apa perasaan saya bila anak saya diperlakukan sebegitu.
#Foto sekadar hiasan. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar berat sungguh rasa beban yang saya tanggung dalam hati saya ni. Tak tau macam mana saya nak mulakan. Saya janda anak 1.
Telah berkahwin semula 4 tahun yang lepas dan dikurniakan dengan seorang anak. 3 bulan lepas saya berg4duh besar dengan suami gara – gara anak sulung saya, (lelaki berumur 14 tahun) keluar rumah tanpa kebenaran suami saya.
Suami saya telah memarahi dia dan men4mpar mukanya. Saya memarahi suami mengapa sampai begitu sekali dia buat anak tirinya itu. Pada saya kesalahan itu boleh di nasihat dengan baik. Perlukah mem4ki hamun dan sehingga naik tangan.
Kami memang berg4duh besar sehingga suami pukuI saya tanpa beIas kasihan. Sejak dari kejadian itu kami sering berg4duh dan dia sering mencari punca kononnya anak saya buat hal yang meny4kitkan hati dia.
Tak berhenti – henti cakap dia benci tengok muka anak saya tu. Siap pernah halau keluar dari rumah. Saya sebagai ibu apa perasaan saya bila anak saya di perlakukan sebegitu.
Baru – baru ini kakak ipar dan ibu mertua saya ada juga campur tangan dalam hal rumah tangga saya gara – gara kami kerap berg4duh. Kakak ipar menyatakan saya tak bersyukur kerana adiknya sanggup berkahwin dengan saya janda anak 1 sedangkan adiknya masih bujang.
Ibu mertua pula m4ki hamun saya dan mengatakan saya seolah – olah dah mer0sakkan hidup anaknya. Ya Allah, berat sungguh tuduhan itu. Tapi terhadap ibu mertua saya dah maafkan. Cuma dengan kakak ipar saya masih belum bersedia bersemuka dengan dia.
Selain itu kakak ipar ada wssap saya dan bercakap macam – macam lagi. Saya mengaku saya ada mengatakan padanya agar dia jaga saja rumahtangga dia sendiri dan jangan masuk campur dalam urusan rumah tangga orang lain.
Semalam saya dengan suami berg4duh lagi sebab saya memberitahunya kalau saya tidak mahu berjumpa kakaknya pada hari raya ni. Sedangkan saya tak ade masalah untuk beraya bersama kedua ibu bapa mertua saya.
Saya cuma belum bersedia bersemuka dengan kakaknya saja. Oleh kerana ini, dia ingin menceraikan saya. Tetapi alasannya tetap sama dia tak nak anak saya ada hidup sekali dengannya.
Dia pun dah banyak kali mengugvt saya untuk membawa ke mahkamah untuk bercerai. Saya ada maru4h, kalau dah kerap kali kena ugvt cerai di mana maru4h saya. Kami dah tak bahagia.
Tapi ada kala saya sayangkan perkahwinan ini memandangkan anak saya dengan dia baru berusia setahun. Bila lihat wajah anak mesti jatuh air mata. Allah.
Komen Warganet :
Cik Puan Pyi : Sabar, dan kalau perlu bercerai, bercerai saja. Hidup sebagai ibu tunggal dengan seorang anak tu sangat indah puan. Saya sedang melaluinya dan kami bahagia.
Lyza Lai : Sebab tuuu dalam islam bila perempuan kahwin lain si anak boleh jatuh pada nenek beIah si ibu, kat sini bukan untuk ibu lepas tangan hanya sekadar untuk dijaga. Bila apa – apa jadi pada anak, nenek dan makcik sed4ra beIah ibu boleh menggalas tanggungjawab untuk mempert4hankan hak anak tadi.
Tapi kalau ibu dan adik beradik tak ade yang boleh tengokkan terpulang pada puan. Kalau saya, saya akan pilih anak.
Leez Suhaimi : Kesian anak yang umur 14 tahun tu sis, dia tak ada sesiapa. Dia masih perlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu. Sekarang pun sikit sebanyak mesti dia dah rasa tersisih. Kena pukuI dengan bapak tiri lagi.
Peringkat umur macam tu masih mencari identiti sendiri, bimbingan yang baik, kasih sayang daripada seorang ibu dan bapa. Kalau sis abaikan dia dan lebihkan suami dan anak bersama suami baru, saya yakin dia akan terabai dan bermulalah masalah – masalah remaja zaman sekarang ni.
Fikir – fikirkan sis. Jangan menyesal kemudian hari, suami boleh dicarik, anak tak boleh sis. Ramai je sekarang nie ibu – ibu tunggal yang berjaya tanpa suami macam tu. Makcik saya pun ibu tunggal, membesarkan anak – anak sampailah sekarang anak – anak semua berjaya.
Dulu bila ditanya kenapa tak nak kahwin lagi, dia kata, “Tak payah laa, menyusahkan. Silap – silap pukuI d3ra anak – anak aku!” See, suami sis tu pentingkn diri sendiri! Sepatutnya dia dah jadi ayah, jadi orang yang bertggungjwb jaga anak walaupun hanya anak tiri. Bukan d3ra dan pukuI!
Tazul Aidi Amin : Amboi, suami asyik ugvt nak cerai, nak cerai, nak cerai dan awak pun cakap, awak ada maru4h, ada maru4h, ada maru4h. Tapi setakat main ugvt – ugvt aje tapi tak cerai – cerai pun, tak guna jugak!
BUKTIKAN AWAK ADA MARU4H. Kalau suami ugvt cerai maka relakan saja, pergilah bercerai. Lepas tu baru lah awak rasa yang awak seorang yang BERMARU4H. Laki awak suka ugvt – ugvt macam tu sebab dia fikir awak tak boleh hidup tanpa dia sebab itu awak kena berpisah aje dengan dia untuk membuktikan dia salah!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hi.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.