Mak mertua kata menantu sekarang tak macam org dulu pandai ambik hati mak mertua

Mak, bukankah mak juga pernah jadi menantu. Mak selalu cerita mak tak suka kat mak mertua mak sebab dia cerewet, menjengkelkan tapi kenapa buat saya dengan suami macam ni?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih siarkan curahan hati saya. Saya Nana. Siapa kat sini mak mertua asyik nak menempel je dengan kita laki bini? Dia tak nak tinggal di kampung dengan akak, abang dan adik ipar.

Bila kita setuju bawa dia tinggal dengan kita di bandar, sana sini pulak dia canang kita buat dia macam bibik padahal dia tau saya dan suami bekerja. Saya tak pernah suruh dia buat kerja kat rumah.

Sebelum saya pergi kerja, kerja kat rumah semua saya dah selesaikan terlebih dahulu. Makanan dia pon saya dah siapkan. Saya dengan suami masih belum ada rezeki anak. Dah lah sekarang tengah musim covid, dia asyik nak bawa kami pergi jalan – jalan ke mall. Allahhu.

Dah banyak kali terangkan kat dia masih juga tak paham – paham. Saya teringin nak ada pr1vacy life. Dulu saya pernah menolak bila dia cakap nak tinggal dengan kami tapi dia merajuk siap katanya suami dengar cakap saya je dan lebihkan saya.

Bukan tu maksud kami. Macam ni lah saya tak nak. Oang kata jauh wangi, dekat busuk. Mak, bukankah mak juga pernah jadi menantu. Mak selalu cerita mak tak suka kat mak mertua mak sebab dia cerewet, menjengkeIkn tapi kenapa buat saya dengan suami macam ni?

Kami turutkan sgala kemahuan mak sampai saya jarang dapat luangkan masa dengan keluarga saya. Dah mak asyik menempeI je dengan kami. Bila saya nak balik kampung mak saya, mak kata rumah mak saya sempit, mak tak selesa sedangkan rumah mak di kampung sana jauh lebih tak selesa.

Aduhai susahlah dapat mertua yang tak pernah paham kan. Adik, kakak dengan abang ipar pon macam lepas tangan je. Diorang macam memang harapkan kami yang juga mak mertua. Kalau dah perangai macam tu siapa yang tahan dan sukakan.

Ya Allah, semoga aku dah tua nanti tak berper4ngai macam tu. Kalau aku dengan suami berg4duh, sana sini dia bercerita, dia kata aku kuat meIawan. Aku pon ada hati dan perasaan kan. Wajarlah kalau masa g4duh aku menjawab apa benda yang tak betol.

Ni pagi – pagi lagi dia cakap dia jenuh makan sebab aku masak bubur padahal malam tadi dia yang cakap dia nak makan bubur. Boleh pulak dia kata menantu sekarang tak macam orang dulu-dulu.

Orang dulu – dulu pandai ambik hati mak mertua. Aduhai macam lah dia layan arw4h nenek elok sangat. Boleh tak bagi cadangan macam mana aku nak hantar mertua tinggal di kampung tanpa mengecilkan hati dia.

Aku penat, rimas, menyampah semua ada sebab melayan mertua yang banyak cekadak, talam dua muka. Ehhh macam – macamlah per4ngai yang dia buat. Jenuh aku nak ngadap.

Komen Warganet :

كاميسه محمد : Sebenarnya mak nak perhatian korang suami isteri tu. Suami dia dah tak ada kan so, bayangkan nanti tua TT, suami dah tak ada, pastu anak TT rimas, meluat,benci dgn TT. TT rasa macam mana?

Cuba duduk dengan mak mentua tu, pegang tangan dia, renung muka dia, dalam mata dia ada terpancar banyak jasa dia besarkan, didik suami TT. Sabarlah banyak – banyak menghadapi kerenah mak yang dah tua.

Entahkan nanti kita tua lebih menc4bar dugaan dari kita untuk orang terdekat dengan kita. Allah tu maha adil, buat baik dengan mak, nanti TT tua, inshaAllah ada yang akan berbuat baik pada awak.

Azah da Love : Yang tak pernah lalui memang tak akan faham apa yang cuba disampaikan. Saya pernah laluinya juga dan sangat teruk diperlakukan tapi Allah Maha Baik. Apa yang berlaku pasti ada hikmah.

Bila kita penat berkerja, balik rumah nak rehat tapi kena hadap pula per4ngai mertua yang macam ni. Saya faham sangat apa yang awak aIami. Nasihat saya, anggaplah ini ujian awak di dunia yang sementara sebab syurga itu mahal.

Bukan senang dapat masuk tanpa diuji dan suami awak anak lelakinya yang sampai bila – bila pun tanggungjawab kepada si ibu tak akan hilang. Besar peng0rbanan awak kalau awak mampu bersabar dengan kerenah ibunya sebab mungkin ini asbab awak dan suami dimasukkan ke syurga Allah.. Ameenn.

Saya doakan awak dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang akan mendoakan awak dan suami kelak. Doa banyak – banyak agar Allah kuatkan hati awak dan melembutkan hati ibu mertua supaya dia dapat bertolak ansur dan menyayangi awak sepenuh hati.

Saya juga masih menjaga ibu mentua saya sampai sekarang. Dan masih juga berdoa agar Allah kuatkan hati saya supaya tak cepat melatah dan terus bersabar. Kita doa sama – sama ok .

Chik Yong Cik Lan : Siapa yang kata tt ni s0mbong tak nak jaga mertua, sila ambil mertua TT untuk dijaga. Kalau menantu dah buat sehabis baik tapi dicanang yang buruk jer, sila meningg4I. Susah sangat hantar jer rumah orang – orang tua berbayar. Ikut waktu bekerja. Sekurang – kurangnya dia ada kawan.

Nonee Azhari : Senang sis pergi pejabat agama dan mohon panggil kaunseIing suami isteri, nyatakan tuntutan untuk tinggal di rumah yang berasingan dari orang lain termasuk ibu mertua kerana itu hak isteri.

Kalau tak panggil mesyuarat keluarga, tetapkan giliran menjaga ibu mertua. Kalau tak boleh juga sis keluar weekend duduk hotel atau homestay tanpa suami dan ibu mertua. Ini untuk release str3ss.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.