Keluarga Orang Susah, Tapi Adik – Adik Tidak Hargai Peng0rbanan Kakak

Saya redha biarkan adik – adik sambung pelajaran masuk kolej. Hampir separuh gaji saya habis untuk adik – adik di sana. Tapi masalahnya mereka tak nak berjimat cermat. Bayangkan kalau sorang minta RM200, 3 orang semuanya RM600.

Asni, 25, merupakan seorang kakak yang amat bertanggungjawab terhadap adik – adik dan kedua – dua orang tuanya. Dia yang bekerja sebagai seorang operator pengeluaran di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang merupakan tonggak harapan keluarga.

Sebagai anak sulung, Asni, amat peka dengan keadaan keluarganya yang memerlukan pendapatan tambahan, selama ini hanya berharap kepada ayahnya, seorang buruh kasar. Bagi Asni, biarpun hanya bekerja di sebuah tempat biasa – biasa sahaja.

Dengan gaji yang sederhana, namun dia sentiasa bersyukur kerana sebaik habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia akhirnya mendapat kerja bagi membantu keluarga.

Asni mempunyai tiga orang lagi adik – adik perempuan bawahnya yang sekarang sedang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta dan awam yang terletak di Kedah dan Pulau Pinang.

Demi melihatkan adik – adiknya berjaya pada masa depan dan demi mengejar cita – cita mereka, Asni menggalakkan adik – adiknya belajar ke mercu menara gading biarpun dia terp4ksa bekerja keras untuk ‘menyara’ adik – adiknya secara bulanan.

“Hendak harapkan ayah, gaji dia tidak seberapa. Ibu pula tidak bekerja dan adik – adik pula masih lagi belajar. Saya reda berk0rban demi adik – adik kerana mereka insan – insan yang menjadi harapan keluarga untuk meneruskan perju4ngan membebaskan kehidupan kami yang dihimpit dalam kancah kemiskinan.

“Belajar di IPT ini memang memerlukan banyak duit, biarpun ada Tabung PTPTN, tetapi apabila apabila sampai bab ke makan dan minum, sedikit sebanyak kita juga yang hendak menanggungnya.

Pada mulanya, ketika ketiga – tiga mereka hendak masuk kolej dan belajar tinggi, ibu ada juga meIarang kerana khuatir tidak dapat menampung perbelanjaan sekali serentak. Tetapi ketika itu saya yang beria – ia meminta mereka masuk ke menara gading kerana ingin mereka berjaya satu hari nanti.

Saya tidak mahu mereka jadi seperti saya yang hanya belajar separuh jalan dan tidak dapat meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi kerana berk0rban demi keluarga,” katanya.

Menurut Asni, dek kerana mahukan kejayaan adik – adik jadi kebanggaan keluarga, hampir separuh pendapatannya diberikan kepada adik – adiknya yang sedang belajar. “Mula – mula saya merasakan semuanya itu adalah sempurna.

Saya tenang memikirkan tanggungjawab saya sepenuhnya kepada adik – adik tercapai. “Namun, lama – kelamaan saya merasa amat terhimpit kerana memikuI beban yang tidak disangka – disangka apabila adik – adik mula meminta duit yang kata mereka amat diperlukan bagi pelajaran mereka.

Kalau seorang meminta RM200 sebulan kalau tiga orang sudah tentu RM600. Itu belum lagi mereka meminta wang – wang sampingan yang kononnya diperlukan ketika hidup di kolej. Saya meminta mereka agar tidak keterlaluan dalam berbelanja, kena berjimat kerana sukar untuk membahagikan duit yang banyak setiap bulan.

“Tetapi mereka memberi alasan kerana kononnya duit – duit itu diperlukan untuk belajar. Dalam ketiga – tiga adik, yang tengah itu memang tidak mendengar kata. Dia yang paling banyak menghabiskan duit dan meminta duit daripada saya, hampir setiap minggu.

Saya sangat keliru dan tertanya – tanya betulkah dia perlukan sebegitu banyak duit untuk belajar sedangkan dia boleh berjimat – cermat. Tambahan permintaannya yang bukan – bukan seperti perlukan telefon bimbit baharu, baju – baju baharu dan sebagainya menyebabkan saya meradang.

Ibu ada juga menasihati adik saya ini agar tidak terlalu boros berbelanja, namun dia akan menengking kami dan merajuk. Dia berkata, dia perlukan duit yang banyak kerana hidup di kota metropolitan seperti di Pulau Pinang itu perlu pelbagai kemudahan.

Saya bercadang untuk menghentikan bantuan kewangan kepadanya. Saya cuba ke kolejnya untuk berbincang. Namun apabila pergi ke sana dia tiada kerana mengikut kawan – kawannya ke bandar Georgetown bersama rakan – rakan luar kolej.

Terk3jut dengan tindakan adik saya ini yang berpeleseran daripada belajar, saya menjadi marah. Patutlah tidak cukup duit selalu. Saya menelefonnya menyuruh dia balik ke rumah hujung minggu untuk berbincang dengannya.

Namun adik saya enggan balik dan marah – marah. Dia berkata, kalau saya tidak memberinya belanja bulanan di kolej, dia juga mempunyai rakan – rakan luar yang boleh ‘sp0nsor’ dirinya di sana. Saya tidak menceritakan semua itu kepada ibu dan ayah.

Saya amat menjaga kesihatan ayah kerana pernah diser4ng angin ahmar beberapa bulan lalu. Saya pun sebenarnya sudah muak dan bosan dengan per4ngai adik – adik ini. Sedikit pun tidak menghargai peng0rbanan yang saya lakukan.

Bukannya saya minta dibaIas namun setidak – tidaknya berpada – padalah dengan pebelanjaan bulanan. Saya ini bukannya cop duit setiap bulan.

Bukan itu sahaja, mereka juga seolah-olah tidak menghargai saya kerana saya sendiri bagi mereka tidak berpelajaran tinggi, jadi saya tiada nilai pada mata mereka.”

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.